KUCHING, 28 Jun — Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berangkat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) bagi lawatan rasmi selama tiga iaitu pada 28 hingga 30 Jun ke Kuching.
Keberangkatan tiba Raja Permaisuri menggunakan pesawat khas pada jam 11.20 pagi Jumaat disambut oleh isteri Yang Di-pertua Negeri Sarawak Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi dan isteri Premier Sarawak, Puan Sri Juma'ani Tun Tuanku Bujang.
Pada malam ini pula, Baginda dijangka menghadiri Majlis Santapan Malam bertempat di English Tea House, Dataran lbu Pertiwi, di sini.
Pada keesokan hari, Baginda dijadualkan berangkat ke Borneo Convention Centre Kuching bagi menghadiri Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-59 Persatuan Pandu Puteri Malaysia Tahun 2024 yang turut akan dihadiri oleh isteri Perdana Menteri Dato' Seri Dr. Wan Azizah Dr Wan Ismail.
Raja Permaisuri Agong akan berangkat pulang ke ibu negara pada Ahad, 30 Jun 2024.
Turut hadir menyambut keberangkatan tiba Raja Permaisuri Agong ialah isteri Timbalan Premier Sarawak Datin Amar Enn Ong Siok Ean, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak & Kesejahteraan Komuniti Sarawak Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah dan isteri Speaker Dewan Undangan Sarawak Puan Sri Dato Hajah Fatimah Haji Mohd Iskandar.